Jawatan Kosong di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) - Oktober 2020


Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.
PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.

Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PERKIM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong PERKIM

1. Pegawai Hal Ehwal Islam
2. Pembantu Hal Ehwal Islam
3. Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapist)
4. Pekerja Am


Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur(Ibupejabat)
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 7 Oktober 2020 (Rabu)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 


Cara Memohon

1. Sila kemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran passport(tidak dikembalikan) kepada alamat di bawah/email kepada;

Setiausaha Agung Kehormat
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Tingkat 6, Bangunan PERKIM,
150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
(u.p : Puan Azizah Mohd Yusoff)
azizah@perkim.net.my

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat
3. Panduan memohon kerja melalui email, baca SINI

4. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

5. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai ke pihak mereka sebelum/pada tarikh tuttup.Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak PERKIM dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
7 Oktober 2020 (Rabu)