Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 JUN 1983 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282.
Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983.
Perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang pertama oleh Dato' Rais Yatim, Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah dibuat pada 1 Jun 1983. Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga yang pertama diadakan pada 21 Julai 1983. Kawasan PERDA seterusnya dipersetujui diwartakan pada 21 Oktober 1988 berkuatkuasa mulai 1 Jun 1983.
Pada 27 Oktober 1990 PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Berkuatkuasa 15 Ogos 2005, PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PERDA seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong PERDA
Jawatan yang ditawarkan1. N41 - Pegawai Tadbir/Pensyarah (Mandarin)
2. N41 - Pegawai Tadbir/Pensyarah (Fizik)
3. DV29 - Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Elektrik)
4. N29 - Penolong Pegawai Tadbir
5. N19 - Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
6. H11 - Pemandu Kenderaan Bas
Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)Lokasi Kekosongan: Pulau Pinang
Kelulusan Minimum: SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 5 April 2021 (Isnin)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://erecruit.perda.gov.my yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 5 April 2021 (Isnin)
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 5 April 2021 (Isnin)