Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - April 2021


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang ditubuhkan dibawah Akta 141 merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri asas tani.

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan untuk memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah dan sedang menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada perkara–perkara berikut:

Memperkukuhkan bekalan melalui Program Ladang Kontrak;
Memperluaskan akses pasaran; dan
Meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di FAMA seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong FAMA

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
3. Penolong Jurutera JA29
4. Penolong Pegawai Tadbir N29
5. Penolong Juruaudit W29
6. Pembantu Ehwal Ekonomi E19
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
8. Pembantu Akauntan W19
9. Juruteknik Komputer FT19
10. Penjaga Jentera Elektrik J19

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Lokasi Kekosongan: Selangor Darul Ehsan
  • Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Status Pelantikan: Tetap
  • Tarikh Tutup Permohonan: 16 April 2021 (Jumaat)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui laman web: Sistem Permohonan Jawatan FAMA

2. Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi PERLU memuat naik sijil-sijil tersebut secara softcopy semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.

3. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

4. Tarikh tutup iklan jawatan pada 16 APRIL 2021.

Pertanyaan/Helpdesk :

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditalian:
03-61262020 samb: 2212, 2022, 2321, 2341.

Atau emailkan kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.


Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di FAMA sila ketik di sini.

MOHON SINI