Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) - September 2020


Awalnya, Majlis Daerah Kuala Pilah dikenali sebagai Majlis Bandaran Kuala Pilah (MBKP) dan ditubuhkan pada bulan Februari 1957. MBKP dikategorikan sebagai Majlis Bandar bersama-sama dengan bandar-bandar kecil yang lain seperti Rompin, Kampung Tengah, Tanjung Ipoh, Padang Lebar, Juasseh, Batu Kikir, Jelai, Dangi, dan Sri Menanti. 

Majlis Daerah Kuala Pilah ditubuhkan bagi memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab seperti berikut :
  • Memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran Majlis, antaranya ialah perkhidmatan mengangkut sampah dan perkhidmatan pembersihan bandar.
  • Menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk di kawasan pentadbiran Majlis seperti penyelenggaraan jalan-jalan, longkang serta lampu jalan.
  • Menyediakan berbagai-bagai kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan penyelenggaraan taman bunga.
  • Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan.
  • Menceburkan diri dalam projek-projek pembangunan seperti usahasama membina pusat-pusat perniagaan dan gerai bagi memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MDKP seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MDKP

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penolong Jurutera Gred JA29
2. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
3. Pembantu Awam Gred H11

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)
  • Lokasi Kekosongan: Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Kelulusan Minimum: SPM/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan: 8 September 2020 (Selasa)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan

Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :

2. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my.
3. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JK Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
  • Gambar warna ukuran pasport;
  • My Kad/Kad Pengenalan;
  • Sijil kelahiran (surat beranak);
  • Sijil berhenti sekolah;
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Diploma dan Sijil dalam bidang yang berkaitan;
  • Sijil-sijil berkaitan.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2019
(perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).

5. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Kuala Pilah
72009 Kuala Pilah
Negeri Sembilan Darul Khusus

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 8 September 2020 (Selasa)

7. PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK SEKIRANYA:
  • Borang permohonan tidak lengkap atau tidak bergambar;
  • Tidak memenuhi syarat iklan; dan
  • Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani seperti para C(ii).


Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Maklumat lanjut jawatan kosong di MDKP sila ketik di sini.

5. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

Muat Turun SINI