Panduan menulis Resume yang baik
Seperti kita sedia maklum resume adalah perkara yang sangat penting dalam permohonan kerja, Oleh itu kami dikerjaya ingin berkongsi beberapa tips yang perlu anda ambil kira semasa menulis resume anda.Berikut kami berikan beberapa tips dan langkah yang perlu anda lakukan untuk mencipta resume yang baik dan disukai majikan.
- Sila pastikan resume anda tidak melebihi 2 muka surat.
- Reka bentuk resume bersaiz A4 dan kemas,ringkas dan tidak mempunyai banyak warna.
- Memilih font yang kemas dan terang.
- Meletakkan dalam resume objektif kerja.
- Tidak memasukkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohon seperti hobi atau makanan kegemaran (contoh).
- Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka.
Apa yang perlu ada dalam sebuah resume.
Butiran lengkap diri anda seperti, Nama, Tarikh Lahir, No. Kad Pengenalan, Alamat dan lain-lain.Latar belakang Pendidikan atau pencapaian akademik. Lebih baik bermula dari SPM dan dituruti oleh pendidikan seterusnya.
Kemahiran dan Bahasa. Di bahagian kemahiran ini, ceritakan secara tepat dan padat mengenai kemahiran yang anda ada, terutamanya kelebihan yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang anda pohon.
Di bahagaian bahasa pula senaraikan bahasa-bahasa yang anda kuasai. Mandarin ke? Jerman ke? Korea ke?
Objektif dan matlamat kerjaya anda.
Pengalaman Bekerja.
Kekuatan Peribadi atau Kelebihan diri. Nyatakan kelebihan diri anda, seorang yang mampu bekerja di bawah tekanan ke? Haaa..hebat ini.
Aktiviti Ko-kurikulum. Nyatakan tanggungjawab anda dan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum. Misalnya Pengerusi Kadet Remaja Sekolah, penglibatan pula mewakili negeri dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Pahang.
Rujukan. Untuk rujukan ini pula masukkanlah nama-nama majikan atau guru, atau pensyarah anda. Sekurang-kurangnya ada 2 orang rujukan pun sudah memadai.
Cara buat resume – Bergambar
Terlalu banyak ruang – Font kurang menarik – Gabungkan menjadi ringkas
membuat resume
Persembahan maklumat kurang menarik – Ada maklumat yang tidak penting/diperlukan
maklumat boleh dipadatkan ke hadapan – terlalu banyak ruang
Kami harap tips ringkas cara buat resume ini dapat memberikan ideal untuk anda membina resume yang terbaik dan dapat menarik perhatian majikan anda untuk jadikan anda pekerja mereka.
Bagi mereka yang rasa malas berfikir untuk bina resume anda sendiri, disini kami berikan anda satu contoh resume yang sangat simple dan sangat sempurna untuk anda gunakan kemas,mudah dan simple Muat turun disini.
Jangan Lupa share kepada rakan-rakan anda.