Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Pahang - Oktober 2020


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992.

Mengikut Fasal Empat (4) Keanggotaan Suruhanjaya ini terdiri daripada :-

    i)   Seorang Pengerusi
    ii)  Seorang Timbalan Pengerusi; dan
   iii)  Tidak kurang daripada empat (4) Ahli yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Raja menurut budibicara baginda tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar mengikut Seksyen 4 (2) Enakmen SPANP No. 7/1991



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Kerajaan Negeri Pahang seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pahang

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
2. Pengawas Hutan Gred G19
3. Pembantu Perikanan Gred G19
4. Pembantu Awam Gred H11


Maklumat Permohonan

Majikan: Kerajaan Negeri Pahang
Lokasi: Negeri Pahang Darul Makmur
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SPM/Diploma
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup: 25 Oktober 2020 (Ahad)



Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.


Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

2. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

3. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

4. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 25 Oktober 2020 (Ahad)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di Kerajaan Negeri Pahang, sila ketik di sini.

Mohon Sini