Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA(UiTM) Pahang - Oktober 2020


Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang yang nama asalnya Institut Teknologi MARA (ITM) pada awalnya terletak di Kuantan yang dikenali sebagai Kampus Kota Kuantan. Ini kerana projek penubuhan ITM di Bandar Jengka terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh faktor kewangan, kesulitan mendapatkan pensyarah sambilan, kekurangan kemudahan infrastuktur dan persekitaran kurang kondusif. Ia merupakan kampus sementara yang mula beroperasi pada bulan Januari 1985 di Teluk Sisek, Padang Lalang dan Bukit Sekilau dengan enam orang kakitangan akademik dan 15 orang kakitangan pentadbiran. Pada awalnya hanya terdapat tiga program pengajian dijalankan iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pengurusan Bank dengan seramai 225 orang pelajar.

Namun demikian pada tahun 1986, sebanyak enam lagi program pengajian ditambah iaitu Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Sains Komputer, Diploma Sains Kesetiausahaan, Diploma Sains, Diploma Pengurusan Ladang dan Pra-Kejuruteraan yang menjadikan jumlah pelajar seramai 1143. Pada ketika itu, terdapat 55 kakitangan akademik, 44 orang kakitangan pentadbiran dan 35 kakitangan pekerja harian di kampus cawangan ini.   Pada tahun 1993, setelah Kampus Jengka mula beroperasi hanya tinggal 12 orang kakitangan akademik dan 26 orang kakitangan pentadbiran bertugas di Kampus Kuantan.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UiTM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Penolong Pegawai Eksekutif N29(PSH)

Maklumat Permohonan
Nama Majikan : Universiti Teknologi MARA(UiTM) cawangan Pahang
Taraf Jawatan : PSH
Penempatan : Negeri Pahang Darul Makmur
Kelayakan : STPM/Diploma
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Oktober 2020(Selasa)





Syarat & Kelayakan

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau badan-badan Berkanun mestilah melalui ketua jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

3. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama Salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Slinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  • Salinan Kelayakan Pengiktirafan Kelayakan Akademik (MQA)

4. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Pahang.





Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

2. Borang ini boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Pahang di https://pahang.uitm.edu.my atau di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang.

3. Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL: (09-4602000 / 2032)

4. Maklumat lanjut jawatan Penolong Pegawai Eksekutif N29(PSH) sila ketik di sini.

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Oktober 2020(Selasa)

Muat Turun SINI