Jawatan Kosong di Hospital Canselor Tunku Muhriz UKM (HCTM UKM) - Oktober 2020



Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) merupakan hospital pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang memberikan perkhidmatan rawatan secondary dan tertiary dan merupakan pusat rujukan dari seluruh negara. Hospital ini telah bertukar nama menjadi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, HCTM sempena nama Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2014. Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir adalah Canselor UKM dan telah hadir di upacara itu. Hospital ini menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan yang terkini dan berupaya memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik. Ia terletak di Cheras.

HCTM bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan kesihatan kepada penduduk di Daerah Hulu Langat dan kawasan liputannya. HCTM akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran dan perundingan melalui pensyarah-pensyarah dan doktor-doktor pascasiswazah dari Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Perubatan Keluarga (JKP).

Semua perkhidmatan di hospital ini akan disalurkan ke sistem komputer berpusat. Setiap jabatan di hospital ini boleh berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan komputer. Dengan ini segala urusan dapat dilaksanakan dengan cekap. Sistem komputer berpusat ini juga membolehkan segala maklumat terkini tentang pesakit disalurkan ke setiap jabatan dengan cepat.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Juru X-ray U29
2. Jururawat U29
3. Pegawai Perubatan UD43
4. Pegawai Perubatan UD47
5. Pegawai Perubatan UD51
6. Pegawai Perubatan UD53
7. Pembantu Awam H11
8. Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
9. Penolong Pegawai Farmasi U29
10. Penolong Pegawai Perubatan U29

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Hospital Canselor Tunku Muhriz UKM (HCTM UKM)
Lokasi Kekosongan: Selangor
Kelulusan Minimum: SRP/PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 27 Oktober 2020(Selasa)



Syarat & Kelayakan

1. Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

2. Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

3. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz UKM (HCTM UKM) – ketik di sini.



Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja UKM yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. 

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 27 Oktober 2020(Selasa) jam 11.59 malam.

8. Maklumat lanjut jawatan kosong di HCTM UKM, sila ketik di sini.

Mohon Sini