Asal Kementerian ini bermula sebelum kemerdekaan negara ini dalam tahun 1957. Penubuhan Kementerian Luar Malaysia telah dimulakan setahun sebelum kemerdekaan untuk melatih sekumpulan sebelas diplomat untuk menggerak misi diplomatik luar negara. Kumpulan ini telah dilatih di Britain dan Australia. Kementerian ini mengikut model Pejabat Luar Negeri British. Pada mulanya, hanya tiga pegawai yang membahagikan dunia ini kepada tiga bahagian mengikut tanggungjawab geografi individu mereka.
Melaksanakan dasar luar negara merupakan tugas yang rumit dan mencabar. Dengan persekitaran politik dunia yang dinamik, Kementerian Luar Negeri perlu sentiasa peka terhadap perubahan dan mampu bertindak balas dengan berkesan bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara Malaysia dilindungi sewajarnya manakala pandangan Malaysia dinyatakan dengan jelas di peringkat antarabangsa.
Kementerian akan menyelaras dan bekerja rapat dengan Kementerian dan Agensi yang berkaitan untuk mewujudkan bidang tugas yang boleh dilaksanakan dalam melaksanakan kepentingan negara Malaysia dan untuk menyelaras strategi pemasaran dan penjenamaan Malaysia di luar negara.
Dalam merumuskan dasar luar negara, setiap negara mempunyai matlamatnya sendiri. Dasar luar negara Malaysia adalah mudah, iaitu mencari apa yang penting kepada negara di peringkat antarabangsa.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di KLN seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong KLN
1. Pegawai Sistem E-Inspektorat (Pekerja Sambilan Harian)Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Kementerian Luar Negeri (KLN
- Lokasi Kekosongan: Putrajaya
- Kelulusan Minimum: Ijazah
- Status Pelantikan: PSH
- Tarikh Tutup Permohonan: 20 Oktober 2020 (Selasa)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :-
- Curriculum Vitae (CV),
- gambar berukuran paspot terkini,
- salinan kad pengenalan;
- salinan sijil-sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip ke alamat emel ;
syarkawi@kln.gov.my;
2. Baca Panduan memohon kerja melalui email di SINI
3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI
4. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan
Maklumat Tambahan
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak KLN dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga
4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Oktober 2020 (Selasa)