Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Oktober 2020


Universiti Kebangsaan Malaysia, yang juga dikenali sebagai UKM, adalah sebuah universiti awam yang terletak di Bandar Baru Bangi,Hulu Langat, Selangor. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) terletak di Cheras dan juga mempunyai kampus cawangan di Kuala Lumpur.

Ia merupakan antara universiti paling berprestij di Malaysia dan Asia Tenggara. Terdapat lebih 22 ribu pelajar yang mendaftar ke UKM (17,500 pelajar sarjana muda, dan 5,105 pelajar pascasiswazah di mana 1,368 merupakan pelajar asing dari 35 buah negara). Universiti Kebangsaan Malaysia adalah salah satu daripada lima universiti yang menyelaraskan penyelidikan di Malaysia.

UKM adalah universiti terbaik ke-259 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang dijalankan pada tahun 2014. Ia juga menduduki tempat ke-98 dalam 100 universiti baru terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di dunia. Ia juga adalah satu-satunya universiti dari Malaysia yang telah disenaraikan di dalam Quacquarelli Symonds (QS) 'Top 50 Universities Under 50 Years Old' yang dijalankan pada tahun 2012, di mana ia mendapat universiti terbaik ke-31.

Loading...

Ia juga adalah universiti terbaik ke-56, mengikut Rankings Universiti Asia QS Top 500 yang dijalankan pada tahun 2014 dan 2015. Selain itu, ia adalah universiti terbaik ke-184 di dunia mengikuti QS World University Rankings 2019, yang menjadikannya universiti peringkat tertinggi di peringkat antarabangsa.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19


Loading...

Nama Majikan: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Lokasi Kekosongan: Selangor
Kelulusan Minimum: SRP/PMR/PT3/SPM
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 12 Oktober 2020(Isnin)


Syarat & Kelayakan

1. Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

2. Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

3. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 – ketik di sini.

4. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W1  - ketik di sini.

Loading...

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja UKM yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. 

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 12 Oktober 2020(Isnin) jam 11.59 malam.

8. Maklumat lanjut jawatan kosong di UKM, sila ketik di sini.


Mohon Sini