Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - Oktober 2020


Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.

Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan telah mendorong persekutuan menubuhkan KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973).




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di KESEDAR seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong KESEDAR

Jawatan yang ditawarkan 

1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
3. Penolong Juruukur Gred JA29
4. Penolong Jurutera Gred JA29
5. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
6. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
7. Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
8. Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
10. 1embantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
11. Juruteknik Komputer Gred FT19
12. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
13. Penyelia Rancangan Tanah Gred G19
14. Pembantu Operasi Gred N11
15. Pemandu Kenderaan Gred H11
16. Pembantu Awam Gred H11


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Lokasi Kekosongan: Kelantan Darul Naim
Kelulusan Minimum: SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 14 Oktober 2020 (Rabu)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi http://e-perjawatan.kesedar.gov.my/ yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.




5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 14 Oktober 2020 (Rabu)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di KESEDAR, sila ketik di sini.

Mohon Sini