Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - Oktober 2020


Johor Bahru telah diisytiharkan sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim pada 1 Januari 1896. Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pula bermula pada tahun 1933 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950, Pada April 1977, Majlis Bandaran Johor Bahru dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran Johor Bahru (Town Council) dan seterusnya memperoleh status sebuah banda raya pada 1 Januari 1994.

Sehingga kini, MBJB telah memperolehi beberapa pencapaian dan pengiktirafan yang membanggakan hingga prestasinya yang sentiasa menepati kehendak kerajaan dan rakyat meletakkan MBJB sebagai antara dua buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik daripada 149 PBT di Malaysia dengan penarafan 5 Bintang SPB-PBT yang diterima pada tahun 2013.

Bandar raya Johor Bahru sedang melalui transformasi pembangunan ekonomi yang pesat dimana ia juga telah dikenalpasti sebagai salah sebuah bandar raya berdaya saing selain Kuala Lumpur, Bandar Kuching dan Kota Kinabalu. Penubuhan Wilayah Iskandar (IM), telah memberikan pelbagai faedah pembangunan terutamanya dalam konteks keyakinan pelabur dalam dan luar Negara untuk melaksanakn pelbagai pelaburan berimpak tinggi di bandarya ini.




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MBJB seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MBJB

Jawatan yang ditawarkan 

1. Jurutera J41
2. Pegawai Undang-Undang L41
3. Pegawai Penilaian W41
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
5. Penolong Juruukur Bahan JA29
6. Pelukis Pelan(Kejuruteraan Awam)JA19
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Lokasi Kekosongan: Johor Darul Takzim
Kelulusan Minimum: SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 15 Oktober 2020 (Khamis)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://www.mbjb.gov.my yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.




5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 15 Oktober 2020 (Khamis)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di MPJB, sila ketik di sini.

Mohon Sini