Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman.
Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini.
Pada 8 Mei 1974, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah ditabal menaiki takhta Kerajaan Negeri Pahang. Selaku Ketua Agama Negeri Pahang, baginda telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis.
Namun begitu, mulai 1 November 1984, Baginda Sultan telah melantik Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua Majlis dan kekal menerajui Majlis sehingga hari ini.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MUIP seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong MUIP
1. Pembantu Pengurusan Murid (Perempuan sahaja)
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
- Lokasi Kekosongan: Pahang Darul Makmur
- Kelulusan Minimum: SPM
- Status Pelantikan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2020(Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi MUIP
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
PEJABAT MUIP CAWANGAN DAERAH KUALA LIPIS,
27200 KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
PEJABAT MUIP CAWANGAN DAERAH KUALA LIPIS,
27200 KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 9 Oktober 2020(Jumaat)