Jawatan Kosong di Jabatan Penerangan Negeri Malaysia (JAPEN) - Mac 2021


Jabatan Penerangan merupakan nama yang diguna pakai pada tahun 1950 menggantikan Department of Public Relations selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai falsafah, dasar, dan wawasan negara. Selaras dengan perkembangan terkini dunia tanpa sempadan tanggungjawab Jabatan semakin mencabar dalam mentransformasikan perkhidmatan agar Libat Urus (Engagement), Turun Padang (Outreach), Analitik Data Raya (Big Data Analytic) dan Pembujukan (Advocacy) dapat dilaksana menggunakan teknologi digital dan komunikasi bersemuka.

 Jabatan diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia (KKMM) selepas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia beroperasi di Kompleks KKMM mulai tahun 2009 dan berkomunikasi seluruh negara melalui pejabat penerangan negeri dan daerah mendekati pelbagai lapisan masyarakat di peringkat akar umbi.


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di JAPEN seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong JAPEN

Jawatan yang ditawarkan;
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29


Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Jabatan Penerangan Negeri Malaysia  (JAPEN)
  • Lokasi Kekosongan: Johor Darul Takzim
  • Kelulusan Minimum: Diploma
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 18 Mac 2021 (Khamis)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan  résumé beserta gambar kerukuran passport terkini,  salinan kad pengenalan dan salinan sijil-sijil dan dokuman yang berkaitan  yang ke alamat;
Cawangan Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor
Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar
Jalan Tasik Utara
80612 Johor Bahru

atau

email ; mahnom@inform.gov.my


Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat

2. Baca Panduan memohon kerja melalui email di SINI

3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

4. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan


Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai ke pihak mereka sebelum/pada tarikh tuttup.Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak JAPEN dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

4. Jika layak dipanggil temuduga, tuan/puan perlu membawa:-
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil Kelulusan Pengajian Tinggi
  • Sijil-sijil lain yang difikirkn perlu
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • Salinan sijil lahir anak-anak dan salinan kad pengenalan isteri/suami(jika telah berkahwin)
*Sijil Asal dan satu(1) set salinan

4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
18 Mac 2021 (Khamis)