Jawatan Kosong di Jabatan Audit Negara - Mac 2021


Jabatan Audit Negara adalah jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia kewangan di dalam Malaysia.

Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal abad ke 20 bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Pada ketika itu ia wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, Institusi ini dikenali dengan nama Audit Office dan diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit office ini terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Chief Auditor.

Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula pada tahun 1906 di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun 1932 kedua-dua Institusi digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements and the Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua Audit Negara. Pelantikan Ketua Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Audit Negara seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara

Jawatan yang ditawarkan;
1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Pembantu Tadbir (P/O) N19
3. Pereka

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Jabatan Audit Negara
  • Lokasi Kekosongan: Putrajaya
  • Kelulusan Minimum: SPM//Diploma/Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 19 Mac 2021 (Jumaat)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan beserta résumé ke alamat email dibawah dengan tajuk email PERMOHONAN MySTEP UKK
soleh.jabar@audit.gov.my

2. Baca Panduan memohon kerja melalui email di SINI

3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

4. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan


Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai ke pihak mereka sebelum/pada tarikh tuttup.Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Audit Negara dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

4. Jika layak dipanggil temuduga, tuan/puan perlu membawa:-
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil Kelulusan Pengajian Tinggi
  • Sijil-sijil lain yang difikirkn perlu
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • Salinan sijil lahir anak-anak dan salinan kad pengenalan isteri/suami(jika telah berkahwin)
*Sijil Asal dan satu(1) set salinan

4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
19 Mac 2021 (Jumaat)