Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian adalah salah satu Jabatan dalam organisasi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Semenjak tahun 1957, Jabatan ini telah dipindahkan beberapa kali daripada pelbagai Kementerian berikut:
- Kementerian Hasil Bumi (1957 - 1963).
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1963 - 1970).
- Kementerian Perusahaan Utama (1970 -1973).
- Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1973 -1990).
- Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1990 - 2004).
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Semenjak 27 Mac 2004).
Nama Jabatan ini juga mengalami beberapa perubahan panggilan nama seperti berikut:
- Pejabat Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Office of the Federal Commissioner of Lands) - (1957 - 1970).
- Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Office of the Director General of Lands and Mines (Federal)) -(1970).
- Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan - (1.1.1978).
- Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Tanah (di bawah Integrasi dalam Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah) - (1.1.1982).
- Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah - (1.1.1989).
- Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian - (1.1.1992).
Maklumat Jawatan Kosong JKPTG
Jawatan yang ditawarkan;
1. Pegawai Tadbir Gred N412. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG)
- Lokasi Kekosongan: Putrajaya
- Kelulusan Minimum: SPM/Ijazah
- Status Pelantikan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 5 Februari 2021 (Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Sila kemukakan surat permohonan yang lengkap resume bergambar kepada;
upoph@jkptg.gov.my
2. Panduan memohon kerja melalui email, baca SINI
3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI
4. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan
Maklumat Tambahan
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak JKPTG dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga
4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Februari 2021 (Jumaat)