Jawatan Kosong di Lembaga Teknologi Malaysia(MBOT) - Januari 2021

Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) adalah badan profesional yang memberikan Pengiktirafan Profesional kepada Ahli Teknologi dan Juruteknik dalam bidang teknologi dan teknikal yang berkaitan.

Berdasarkan Akta 768, MBOT memperluas fungsinya secara menegak dan mendatar di mana MBOT melihat profesion berasaskan teknologi yang merangkumi disiplin berdasarkan reka bentuk konseptual hingga teknologi yang direalisasikan dan meliputi dari Juruteknik (dengan Tahap SKM / Diploma) hingga Teknologis (tahap Ijazah Sarjana Muda) dan ke atas).

Secara keseluruhan, para profesional ini (Teknologis dan Juruteknik) mempunyai peranan bersepadu dari konsep ke realiti.

Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MBOT seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MBOT

Jawatan yang ditawarkan 
1. Timbalan Pendaftar Gred 52/48
2. Penolong pendaftar Gred 41/44
-Penyelidikan & Inovasi
-Hubungan Industri
-Pengurusan Prestasi & Pelaburan Stratergi
3. Pereka Grafik Gred 29
4. Pembantu Tadbir Gred 19



Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Lembaga Teknologi Malaysia(MBOT)
Lokasi Kekosongan: Putrajaya
Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2021 (Ahad)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja MBOT yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.



5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 31 Januari 2021 (Ahad)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di MBOT , sila ketik di sini.


Mohon Sini