Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Oktober 2020


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, atau singkatannya BPR ialah sebuah pertubuhan kerajaan Malaysia yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh.

Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM. Selain itu, Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim turut mengharumkan nama SPRM apabila beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) pada November 2013.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di SPRM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong SPRM

1. Pegawai Gred 48 (Kontrak)
2. Pegawai Gred 52 (Kontrak)

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Lokasi Kekosongan: Putrajaya
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2020 (Jumaat)



Syarat & Kelayakan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Memiliki pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan iaitu :
1. minima 10 tahun (untuk Jawatan Terbuka gred 48); atau
11. minima 12 tahun (untuk Jawatan Terbuka gred 52);
111. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

       Keutamaan :

    6. Berkeupayaan untuk bekerja lebih masa dalam persekitaran yang mendesak dan memerlukan tindakan kesegeraan.

    7. Berkelebihan kepada calon yang menguasai Bahasa Inggeris dengan cemerlang.



Cara Memohon

1. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

2. Sila kemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran passport(tidak dikembalikan) kepada;

Bahagian Komunikasi Strategik Dan Perhubungan Antarabangsa
          Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
          Aras 18, Blok C,
          No. 2, Lebuh Wawasan,
          Presint 7, 62250 Putrajaya.

*Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat
3Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.

4. Panduan memohon kerja melalui email, baca SINI

5. Baca Tips panduan tulis resume di SINI


Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai ke pihak mereka sebelum/pada tarikh tuttup.Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak SPRM dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
9 Oktober 2020 (Jumaat)