Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Bentong (MPBentong) - Oktober 2020


Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5hb. Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1hb. Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Ia merupakan satu kenaikan taraf dari Majlis Bandaran kepada sebuah Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Bandaran Bentong berserta 5 buah Majlis Tempatan dan beberapa kawasan lain iaitu :
  • Majlis Bandaran Bentong
  • Majlis Tempatan Karak
  • Majlis Tempatan Sg. Dua
  • Majlis Tempatan Telemong 
  • Majlis Tempatan Manchis
  • Majlis Tempatan Bukit Tinggi  
  • Kampung Shafie
  • Kampung Simpang Pelangai
  • Kampung Baru Sg. Gapoi
  • Kampung Jambu Rias
  • Kampung Benus
  • Genting Sempah
  • Kampung Janda Baik
  • Kampung Baru Sg. Penjuring



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPBentong seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MPBentong

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Tadbir Gred N41 - 3 Kekosongan 
2. Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 - 1 Kekosongan 
3. Arkitek Landskap Gred J41 - 1 Kekosongan 
4. Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 - 1 Kekosongan 
5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 - 4 Kekosongan 
6. Penghantar Notis Gred N11 - 3 Kekosongan 
7. Pemandu Kenderaan Gred N11 - 5 Kekosongan 

Maklumat Permohonan
  • Nama Majikan: Majlis Perbandaran Bentong (MPBentong)
  • Lokasi Kekosongan: Pahang Darul Makmur
  • Kelulusan Minimum: SPM/Ijazah
  • Status Pelantikan: Tetap
  • Tarikh Tutup Permohonan: 8 Oktober 2020(Khamis)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan



Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi MPBentong
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
JALAN KETARI
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR.

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport 5x4sm
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan

3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 8 Oktober 2020(Khamis)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di MPBentong sila ketik di sini.

Muat Turun SINI