Jawatan Kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) - September 2020


Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006.

Sebagai pusat latihan bagi KLN, IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di IDFR seperti berikut:



Maklumat Jawatan Kosong IDFR

1. Pekerja Sambilan Harian (PSH) Gred 41


Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR)
  • Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH) Gred 41 Penyelidikan
  • Bilangan Kekosongan : 1
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pekerja Sambilan Harian
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Kadar Upah: RM100.00/Hari
  • Tempoh: Maksimun 6 Bulan (3 Bulan + 3 Bulan)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 6 September 2020 (Ahad)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 


Cara Memohon

1Kemukakan resume berserta gambar berukuran pasport terkini dan juga salinan kad
pengenalan, dan sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip ke emel yang berikut:

vacancy@idfr.gov.my

*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis “Pekerja Sambilan Harian Gred 41 2020
(Penyelidikan)” pada emel.

2. Baca Panduan memohon kerja melalui email di SINI

3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

4. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung iklan ini bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

(i) En. Mohd Aderin Azi Bin Mohd Uzir
No. Tel Pejabat : 03 2149 1027
E-mel : aderin@kln.gov.my

(ii) En. Mohd Syazwan Bin Mohd Nasir
No. Tel Pejabat : 03 2149 1136
E-mel : mohdsyazwan@kln.gov.my

(iii) Puan Filza Syahida binti Md Jamal
Tel Pejabat : 03 2149 1029
E-mel : filza@idfr.gov.my

4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
6 September 2020 (Ahad)