Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA(UiTM) Johor - September 2020


Institut Teknologi MARA Cawangan Johor telah memulakan operasinya pada 15 Disember 1983 di bangunan sementara di Taman Indah, Bukit Siput, Segamat. Kampus sementara di Bukit Siput ini terletak di KM 5, Jalan Genuang, Segamat dan telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Johor pada ketika itu, Dato' Abd. Ajib bin Ahmad pada 1 Januari 1984.

Di kampus sementara ini cuma dapat menempatkan seramai 440 orang pelajar sahaja pada satu-satu masa. Memandangkan pengambilan pelajar yang semakin meningkat mengikut Rancangan Malaysia Kelima (RMK - 5), maka pihak ITM telah meminjam Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman untuk dijadikan kolej kediaman dan dikenali sebagai Kolej Temenggong Abdul Rahman.

Mulai bulan Ogos 1986, Kampus ITM Cawangan Johor berpindah secara berperingkat ke kampus sementara di Segamat Baru yang bertentangan dengan Taman Indah, Bukit Siput. Disebabkan kepesatan pembangunan pelajar, Kerajaan Negeri Jjohor berbesar hati menyumbang sebuah kampus tetap ITM Segamat di Batu 8, Jalan Muar-Segamat di atas tanah seluas 200 hektar. Kampus yang siap dibine sepenuhnya pada bulan Januari 1990 ini mampu menampung kapisiti pelajar sehingga 2,500 orang.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UiTM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pensyarah Universiti
-Matematik
-Pengurusan

Maklumat Permohonan
Nama Majikan : Universiti Teknologi MARA(UiTM) cawangan Segamat
Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak
Penempatan : Negeri Johor Darul Takzim
Kelayakan : Ijazah
Tarikh Tutup Permohonan : 14 September 2020(Isnin)




Syarat & Kelayakan

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau badan-badan Berkanun mestilah melalui ketua jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

3. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama Salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Slinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  • Salinan Kelayakan Pengiktirafan Kelayakan Akademik (MQA)

4. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

2. Borang ini boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://johor.uitm.edu.my/v1 atau di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.

3. Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2273 / 2272 / 2020

4. Maklumat lanjut jawatan kosong di UiTM sila ketik di sini.

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 September 2020 (Ahad)

Mohon Sini