Jawatan Kosong di Majlis Daerah Marang - September 2020


Majlis Daerah Marang ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 apabila semua Pentadbiran Penguasa Tempatan disusun semula. Semasa penubuhan Majlis Daerah Marang ianya meliputi dua (2) mukim sahaja iaitu Mukim Rusila dan Mukim Pulau Kerengga. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung.

Walau bagaimanapun pada 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang telah diperluaskan ke keseluruhan Daerah Marang merangkumi kawasan 666.54 km persegi yang terdiri daripada 6 mukim, iaitu:
  1. Rusila
  2. Pulau Kerengga
  3. Merchang
  4. Jerong
  5. Bukit Payung
  6. Alor Limbat

Ini bermakna seluruh Daerah Marang merupakan Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Marang seperti berikut:



Maklumat Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang

Jawatan yang ditawarkan 

1. Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
3. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Majlis Daerah Marang
Lokasi Kekosongan: Terengganu Darul Iman
Kelulusan Minimum: SPM/Diploma
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 22 September 2020 (Selasa)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)




Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja MD Marang yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.


3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 22 September 2020 (Selasa)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di Majlis Daerah Marang, sila ketik di sini.

Mohon Sini