Jawatan Kosong di Bahagian Permata(Genius) Kementerian Pendidikan Malaysia - September 2020


Program GENIUS ditubuhkan bermula tahun 2006 dengan kerjasama daripada pelbagai agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan yang terdiri daripada pakar-pakar yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Dengan tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’, 

Program GENIUS mengalu-alukan kanak-kanak dan remaja dari setiap kehidupan, dengan matlamat menyediakan platform yang dapat mencungkil potensi dan menggilap bakat mereka untuk menghasilkan generasi Malaysia ke tahap terkemuka dan membanggakan.

Program GENIUS juga ditubuhkan sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan kebangsaan sedia ada selain mewujudkan kesinambungan pendidikan bagi anak-anak Malaysia sejak lahir hingga dewasa (from cradle to career) dalam memastikan tidak ada anak yang tertinggal dalam mengejar kecemerlangan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Bahagian Permata(Genius) KPM seperti berikut:



Maklumat Jawatan Kosong Permata Genius
1. Pembantu Tadbir N19 (PSH)


Maklumat Permohonan

Keterangan Kekosongan : (PSH - Pekerja Sambilan Harian)
Status Jawatan Kosong : 6-12 Bulan
Bilangan Kekosongan : 2
Nama Majikan: Bahagian Permata(Genius) KPM
Lokasi Kekosongan: Bahagian GENIUS, Putrajaya
Kelayakan / Kelulusan Akademik : SPM/STPM/SIJIL/DIPLOMA
Waktu Bekerja : 8.00 pagi - 5.00 petang
Gaji Ditawarkan : RM 54.00 /hari
Deskripsi Tugas : Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan,statistik serta penyediaan.
Tarikh Tutup Permohonan: 4 September 2020 (Jumaat)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan beserta résumé ke alamat email;
arbaiyah@moe.gov.my

2. Baca Panduan memohon kerja melalui email di SINI

3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

4. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai ke pihak mereka sebelum/pada tarikh tuttup.Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.



2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak Permata dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
4 September 2020 (Jumaat)