Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) - September 2020


MADA ditubuhkan untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Pertama dengan kos sebanyak RM238 juta. MADA juga diberi tanggungjawab merancang dan melaksana program-program pembangunan pertanian dan program-program peningkatan taraf hidup untuk 63,000 keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.

Memetik ucapan perasmian oleh Allahyrham Tun Abdul Razak katanya, “Oleh sebab kawasan Rancangan Pengairan Muda ini luas maka mustahak ianya dijagai dan ditadbir dengan sempurna dan kehendak peladang-peladang di dengari. Saya dapati pekerjaan ini, tidak akan dapat dijalankan dengan licin jikalau pentadbiran kawasan ini dikelolakan di Kuala Lumpur melalui Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama. Jadi amat mustahaklah kuasa-kuasa pentadbiran kawasan ini diberikan kepada satu badan yang bertanggungjawab yang mempunyai Ibu Pejabatnya di Alor Setar.
Dengan itu, saya telah memutuskan iaitu mustahak ditubuhkan satu perbadanan atau “Authority” yang mempunyai seorang Pengerusi daripada Negeri Kedah”.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MADA seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong MADA

Jawatan yang ditawarkan 

1. Jurutera J41
2. Pegawai Pertanian G41
3. Pegawai Ehwal Ekonomi E41
4. Pegawai teknologi Maklumat F41

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Lokasi Kekosongan: Kedah Darul Aman
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 15 September 2020 (Selasa)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja MADA yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 15 September 2020 (Selasa)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di MADA, sila ketik di sini.

Mohon Sini