UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008.
Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini..
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UPNM seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong UPNM
Jawatan yang ditawarkan1. Pensyarah Universiti
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pelukis Plan - Seni Bina JA19
Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 11 September 2020 (Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja UPNM yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 11 September 2020 (Jumaat)
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 11 September 2020 (Jumaat)