Jawatan Kosong di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) - Januari 2021


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) merupakan sebuah kementerian di dalam kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri komoditi utama negara tersebut iaitu minyak sawit, getah, kayu, koko, tembakau, kenaf, lada hitam dan sago. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, MPI disokong oleh enam badan berkanun dan lima majlis. Ia juga berfungsi merumuskan dasar-dasar dan strategi pembangunan untuk keseluruhan sektor perladangan dan komoditi serta menyelia agensi-agensi di bawahnya dengan menyelaras pelaksanaan program-program perladangan dan komoditi.

Di antara objektif yang digariskan oleh MPIC adalah:-

  • Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perladangan dan komoditi bagi memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa;
  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi perladangan dan industri berasaskan komoditi;
  • Meningkatkan sumbangan sektor perladangan dan komoditi dalam pembangunan sosio-ekonomi serta pertumbuhan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK);
  • Menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan nilai tambah dalam sektor perladangan dan komoditi; dan
  • Memastikan pembangunan sektor perladangan dan komoditi berkembang secara mampan dan mesra alam.


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPIC seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MPIC

Jawatan yang ditawarkan;
1. Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Tadbir
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
4. Pereka Grafik

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) 
  • Lokasi Kekosongan: Putrajaya
  • Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
  • Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 22 Januari 2021 (Jumaat)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 

Cara Memohon

1Sila kemukakan resume berserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan kad pengenalan,
salinan sijil akademik dan dokumen-dokumen sokongan ke alamat yang berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
No.15, Aras 6, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 PUTRAJAYA

(u.p.: YM Tengku Nurlina binti Tengku Shah Buddin)
atau e-mel kepada husaini@mpic.gov.my

*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “Personel MySTEP” disebelah kiri atas
sampul surat.

2. Baca Panduan memohon kerja melalui email di SINI

3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

4. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai ke pihak mereka sebelum/pada tarikh tuttup.Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak MPIC dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
22 Januari 2021 (Jumaat)