Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak - November 2020


Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama-sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk satu Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan diterima oleh masyarakat Sarawak. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak, Labuan dan Sabah dikenali sebagai Malaysia Timur.

Ketua negeri adalah Gabenor, juga dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri, manakala ketua kerajaan adalah Ketua Menteri. Sarawak dibahagikan kepada bahagian pentadbiran, dan daerah-daerah, yang dikawal oleh sebuah sistem yang dimodelkan dengan teliti pada sistem parlimen Westminster dan merupakan sistem perundangan negeri terawal di Malaysia.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Kerajaan Negeri Sarawak seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sarawak

Jawatan yang ditawarkan 
1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
4. Penolong Jurutera JA29
5. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
8. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
9. Pembantu Pustakawan S19
10. Pembantu Kesihatan Awam U19
11. Pembantu Penilaian W19
12. Pembantu Awam H11
13. Pembantu Operasi N11
14. Penghantar Notis N11
15. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
16. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
17. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
18. Pembantu Veterinar G19
19. Pembantu Penyediaan Makanan N19
20. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
21. Pembantu Pentadbir Tanah NT19
22. Pembantu Hal Ehwal Islam S19
23. Pembantu Penilaian W19
24. Pembantu Awam H11
25. Pembantu Operasi N11

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Kerajaan Negeri Sarawak 
Lokasi Kekosongan: Sarawak
Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 6 November 2020 (Jumaat)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://erecruitment.sarawak.gov.my yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.


5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 6 November 2020 (Jumaat)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di Kerajaan Negeri Sarawak, sila ketik di sini.

Mohon Sini