Lembaga Pelabuhan Kuantan ditubuhkan pada 1 September 1974 di bawah Akta Lembaga Pelabuhan, 1963 dan merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Pelabuhan Kuantan merupakan sebuah pelabuhan komersial yang terletak di Tanjung Gelang (Latitud 3°58'N, Longitud 103°26'E), di persimpangan laluan perkapalan antarabangsa di Laut China Selatan. Ianya terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang.
Pelabuhan Kuantan merupakan gerbang utama bagi perdagangan rantau Asia Pasifik dan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di LPK seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong LPK
1. Akauntan WA41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
4. Pemandu H11
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPK)
- Lokasi Kekosongan: Pahang Darul Makmur
- Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
- Status Pelantikan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 6 November 2020(Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Borang permohonan jawatan boleh didapati di Pejabat Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu pejabat atau melalui laman web : http://www.lpktn.gov.my
- Permohonan melalui pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 23cm x 10cm beralamat sendiri dengan bersetem 60 sen.
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TANJUNG GELANG
PETI SURAT 161
25720 KUANTAN (Permohonan jawatan)
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 6 November 2020(Jumaat)