Jawatan Kosong di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) - Oktober/November 2020


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Hal ini demikian kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.
Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Pagoh. Pusat Asasi UIAM terletak di Gambang, Pahang. UIAM mempunyai 13 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UIAM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UIAM

Jawatan yang ditawarkan 
1. Nurse U29 - Tarikh Tutup: 31 Disember 2020
2. Asistant Professor DU51(KOM) - Tarikh Tutup: 30 Oktober 2020
3. Assosciate Professor DU53(KOM) - Tarikh Tutup: 30 Oktober 2020
4. Assistant Professor DUF51(KOP) - Tarikh Tutup: 4 November 2020
5. Lecturer(PTH) DUF45 (KOP) - Tarikh Tutup: 4 November 2020
6. Assistant Engineer JA29 - Tarikh Tutup: 30 Oktober 2020

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Universiti Islam Antarabangsa(UIAM)
Lokasi Kekosongan: Selangor/Pahang
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 30 Oktober 2020/ 4 November 2020



Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan kosong UIAM - klik di SINI

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja UIAM yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.



5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 30 Oktober 2020/ 4 November 2020

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di UIAM, sila ketik di sini.

Mohon Sini