Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.
Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di LPHS seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong LPHS
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
3. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS)
- Lokasi Kekosongan: Selangor Darul Ehsan
- Kelulusan Minimum: SPM/Diploma/Ijazah
- Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 30 Oktober 2020(Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui http://lphs.selangor.gov.my/
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
TINGKAT 5, PODIUM UTARA,BANGUNAN SSAAS
40503 SHAH ALAM.
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 30 Oktober 2020(Jumaat)