Jawatan Kosong di Digital Perak - November 2020

Portal Perak Digital merupakan platform perkhidmatan atas talian (e-perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perak yang disediakan secara percuma kepada seluruh rakyat. Portal ini merupakan penambahbaikan kepada Portal Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak (GMR) sebelum ini.

Portal Perak Digital memautkan perkhidmatan kerajaan dan agensi-agensinya termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan Negeri dengan menggunakan konsep Single Sign-On (SSO) melalui pendaftaran pengguna.

Portal Perak Digital berhasrat memenuhi aspirasi Dasar Nasional Revolusi Industri 4.0 yang menggariskan automasi semua perkhidmatan kerajaan melalui Internet. 


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Digital Perak seperti berikut:

Maklumat Jawatan KosonDigital Perak

Jawatan yang ditawarkan 
1. Pembantu Teknologi Maklumat

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Digital Perak
Lokasi Kekosongan: Perak Darul Ridzuan
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 6 November 2020 (Jumaat)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://digital.perak.my/penjawatan/  yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.


4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 6 November 2020 (Jumaat)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di Digital Perak, sila ketik di sini.

Mohon Sini