Lembaga Air Kuching(KWB) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1959, dengan kuasa Akta Lembaga Air Kuching 1959, Notification No. S. 12 of 1959, di bawah Seksyen 2 dan 3, Ordinan Bekalan Air untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching daripada Jabatan Bekalan Air Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air (Sarawak Cap. 141) yang sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada Januari 2001, Lembaga Air tersebut telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching 2001.
Lembaga Air Kuching bertanggungjawab dalam pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan semua kerja pengepaman air dalam kawasan bekalannya dan polisi Lembaga Air Kuching adalah untuk mengembangkan pusat dan membangunkan kemudahan-kemudahan lain supaya dapat memberi bekalan air berkualiti yang mencukupi dalam kawasan bekalannya. Penyesuaian sistem bekalan air adalah berdasarkan segala aspek kemodenan dan pembangunannya dirangka untuk memenuhi permintaan perkembangan pembangunan yang dirancang.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di KWB seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong KWB
Jawatan yang ditawarkan1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Pengawal Keselamatan KP11
Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Lembaga Air Kuching (KWB)Lokasi Kekosongan: Kuching, Sarawak
Kelulusan Minimum: Spm/Diploma
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2020 (Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://erecruitment.sarawak.gov.my yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 9 Oktober 2020 (Jumaat)
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 9 Oktober 2020 (Jumaat)
9. Maklumat lanjut jawatan kosong di KWB, sila ketik di sini.
Mohon Sini
Maklumat Tambahan
1. Semua pemohon dikehendaki menghantar satu salinan fotostat dokumen (yang telah disahkan) seperti berikut:
- Salinan maklumat peribadi pemohon yang dicetak dari sistem e-Recruitment
- Gambar berukuran paspot (satu keping)
- Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
- Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan
- Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan
2. Hantar kepada;
PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR KUCHING
LEMBAGA AIR KUCHING
JALAN BATU LINTANG
93200 KUCHING.
3. Pemohonan yang berikut AKAN DITOLAK jika;
-Tidak lengkap
-Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan
-Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan
-Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan
-Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan