Jawatan Kosong di Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) - Oktober 2020


Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. atau Air Selangor (dahulu dikenali sebagai Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS) ialah sebuah syarikat konsesi air milik Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pembekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

SYABAS telah ditubuhkan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965.SYABAS bertukar nama kepada Air Selangor pada 26 Februari 2014.Pada 15 Oktober 2015, Air Selangor berjaya mengambil alih PNSB Water dan SYABAS dengan kos pengambilalihan berjumlah RM1.555 bilion. Proses penstrukturan ini diteruskan dengan pengambilalihan ABASS pada 31 Disember 2015 melibatkan kos pengambilalihan RM86 juta diikuti KASB pada 11 Mac 2016 (RM6.4 juta).

Air Selangor menjadi pemegang lesen tunggal perkhidmatan air mulai 13 September 2019 selepas berjaya memuktamadkan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi termasuk PNSB Water Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB). Air Selangor telah membelanjakan sebanyak RM1.1 bilion sepanjang tempoh 2016 hingga 2018 bagi menaiktaraf dan membaikpulih pelbagai aset dan bekalan air.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Air Selangor seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong Air Selangor

1. Pembantu Akaun
2. Pembantu Tadbir
3. Pembaca Meter
4. Juruteknik Proses
5. Pekerja Am
6. Pegawai Pusat Pelanggan
7. Juruukur Tanah
8. Juruteknik Kualiti Air
9. Juruteknik


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor)
Lokasi Kekosongan: Selangor Darul Ehsan
Kelulusan Minimum: Diploma
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Oktober 2020(Jumaat)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan adalah secara online melalui portal permohonan kerja JobsMalaysia.

2.Untuk memohon sila daftar masuk(login) atau jika anda belum mendaftar sebagai perncari kerja,sila daftar terlebih dahulu.

3. Untuk melihat maklumat jawatansila buat carian majikan "Air Selangor" di portal berkenaan.

4. Sila lengkapkan borang permohnan online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan.

Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link di bawah bagi mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon.
      4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Oktober 2020(Jumaat)

      5. Butir-butir jawatan kosong di Air Selangor- sila ketik di sini.

      Mohon SINI