Detik bersejaraah penubuhan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah bermula dengan titah DiRaja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang supaya diwujudkan sebuah institusi seperti Akademi al-Quran bertujuan melahirkan para hafiz dan juga qari/qariah yang berwibawa memandangkan Pahang tidak mendapat tempat yang baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa dalam Majlis Tilawah al-Quran. Seterusnya suatu bentuk kerjasama dengan pihak Darul Quran JAKIM telah dibentuk pada tahun 1996 untuk melaksanakan program Diploma Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat (MTQP) di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan. Pelajar-pelajar ini telah mendapat tajaan biasiswa Yayasan Pahang.
Keperihatinan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan al-Quran di negeri Pahang menjadi pemangkin ke arah penubuhan institusi ini. YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang telah bersetuju agar Yayasan Pahang membina dan menubuhkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kampus yang lengkap.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MTNP seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong MTNP
Jawatan yang ditawarkan1. Pembantu Operasi/ Pemandu
Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)Lokasi Kekosongan: Pahang Darul Makmur
Kelulusan Minimum: SPM
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2020 (Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://www.tahfizpahang.edu.my/my/ yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 9 Oktober 2020 (Jumaat)
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 9 Oktober 2020 (Jumaat)