Jawatan Kosong di Amanah Ikhitiar Malaysia (AIM) - Oktober 2020


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pindaan 1981 (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan.

Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen di Bangladesh. Kejayaan bank ini mendorong penubuhan Projek Ikhtiar oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim dari USM pada 1986, yang akhirnya berkembang menjadi AIM.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di AIM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong AIM

1. Penolong Pegawai Kerja Tadbir F2
2. Pelatih Pegawai Amanah F3
3. Pemamndu & Pembantu Pejabat F4

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Amanah Ikhitiar Malaysia (AIM)
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
  • Kelulusan Minimum: SPM/Diploma
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 26 Oktober 2020 (Isnin)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan beserta résumé ke alamat;
PENGURUS KANAN SUMBER MANUSIA
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9
52200 Kuala Lumpur
Tel: 03-6274 8810 Faks: 03-6274 8863

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat

2. Baca Panduan memohon kerja melalui email di SINI

3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

4. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai ke pihak mereka sebelum/pada tarikh tuttup.Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak AIM dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
26 Oktober 2020 (Isnin)