Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.
Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.
Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di EAIC seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong EAIC
1. Pembantu Tadbir N19 - Perkeranian/Operasi
2. Pembantu Tadbir W19 - Kewangan
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
- Lokasi Kekosongan: Putrajaya
- Kelulusan Minimum: SPM
- Tarikh Tutup Permohonan: 4 September 2020(Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi EAIC
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Setiausaha
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan(EAIC)
Aras 5, Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan
No.18, Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
(U.P: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Khidmat Pengurusan)
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan(EAIC)
Aras 5, Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan
No.18, Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
(U.P: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Khidmat Pengurusan)
2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 4 September 2020(Jumaat)