Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) - September 2020


Kampus UiTM Arau merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di Arau, Perlis, Malaysia. Kampus ini ditubuhkan pada bulan Julai 1974 (menjadikannya kampus cawangan UiTM ketiga tertua) di Kangar. Kemudian pada tahun 1980, kampus ini berpindah ke lokasi tetapnya di Arau. Hari ini, Kampus UiTM Arau merupakan kampus cawangan UiTM yang terbesar di Malaysia, sama ada dari segi jumlah pelajar atau jumlah kursus yang ditawarkan.

UiTM Cawangan Perlis telah berkembang pesat daripada aspek akademik dan juga fizikal. Sebanyak 34 program iaitu 17 program Ijazah dan 16 program Diploma ditawarkan oleh 7 buah Fakulti.

Sebagai kampus cawangan yang terbesar, kampus ini kini mempunyai 7869 orang pelajar sepenuh masa. Bilangan kakitangan pula telah mencecah 779 orang yang mana 390 daripadanya ialah kakitangan akademik dan 389 ialah kakitangan bukan akademik. Selain itu, pelbagai kemudahan infrastruktur juga disediakan.
Antaranya ialah 8 kolej kediaman siswa, 7 kolej kediaman siswi, 67 makmal sains, 22 makmal komputer, 3 makmal bahasa, sebuah dewan besar, sebuah masjid, sebuah stadium mini dan gimnasium. Beberapa kemudahan seperti asrama, dewan dan gimnasium dibenarkan untuk disewa oleh orang ramai.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UiTM Arau seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UiTM Arau

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pensyarah Sambilan Sepenuh MASA
-Sains Komputer
-Matematik
-Sains Ukur & Geomatik
-Sains Sukan
-Pengurusan Sukan
-Kimia
-Crop Science Agricultural & Biological Engineering Technology
-Bahasa Inggeris
-Bahasa Arab
-Mandarin
-Tamadun / Ekonomi / Pengajian Islam

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Lokasi Kekosongan: Kampus Arau
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 8 September 2020(Selasa)

Syarat & Kelayakan

1. Pemohon- pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan.

2. Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga

3. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

4. Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis

Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi UiTM Arau
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Perlis
Kampus Arau
02600 Arau
Perlis
No. Tel: 04-9882000/2204/2207/2210

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang
telah DISAHKAN:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengikhtirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Sila ke link dibawah untuk memohon.

2. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 8 September 2020(Selasa)

3. Maklumat lanjut jawatan kosong di UiTM Arau sila ketik di sini.

MOHON SINI