Lembaga Urus Air Selangor atau singkatannya LUAS adalah sebuah agensi setempat pengurusan sumber air dan lembangan sungai di Selangor. Ia ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999.
Pada 18 September 1999, majlis pelancaran LUAS telah disempurnakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama pada masa itu. Ir. Hj. Rahmat B. Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999.
LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang termasuk Pengarah.
Maklumat Jawatan Kosong LUAS
1. Jurutera J41 - 1 kekosongan
2. Penolong Jurutera JA29 - 6 kekosongan
3. Pembantu Awam H11 - 9 kekosongan
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
- Lokasi Kekosongan: Negeri Selangor Darul Ehsan
- Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
- Tarikh Tutup Permohonan: 18 September 2020 (Jumaat)
Syarat & Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
- Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
- Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjeksubjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sahaja.2. Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut ;
- Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
- Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
- pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun.
3. Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.
4. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan Surat Beranak.
- Salinan sijil PMR/SPM/SVM *mana-mana yang berkaitan
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir
- Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
- Gambar terkini berukuran pasport.
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.
6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.
7. Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
8. Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.
9. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)
Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 18 SEPTEMBER 2020 (JUMAAT).
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
Maklumat Tambahan
2. Maklumat lanjut jawatan kosong di LUAS sila ketik di sini.
3. Baca Tips panduan tulis resume di SINI