Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Tioman - September 2020


Pada 19 Mac 1997 Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju perbadanan khusus ditubuhkan bagi mentadbir Pulau Tioman. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Ogos 1997 bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan Perbadanan Pulau Tioman. Pulau Tioman juga tidak dimasukkan di bawah Lembaga Pembangunan dan Pengurusan Pulau Peranginan yang akan diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Lembaga Pembangunan Tioman telah ditubuhkan pada 19 November 1997 di bawah Enakmen Bil. 7/1997 oleh Kerajaan Negeri Pahang. Lembaga ini telah memulakan operasinya pada 1 Januari 1998 dengan penjawatan seramai 12 orang sahaja. Lembaga Pembangunan Tioman pada asalnya beribu pejabat di Tingkat 4, Wisma Sri Pahang Kuantan. Kemudian pada penghujung tahun 1998, ibu pejabat Lembaga Pembangunan Tioman telah dipindahkan ke alamat A 145-147, Tingkat 1 & 2, Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan 25000 Kuantan.

Sebelum penubuhannya sebagai sebuah organisasi, pembangunan Pulau Tioman adalah di bawah tanggungjawab Majlis Daerah Rompin. Namun demikian, sewaktu Tun Dr Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau telah mengumumkan bahawa Pulau Tioman akan dibangunkan secara aktif sebagai Pulau Bebas Cukai maka tertubuhlah Lembaga Pembangunan Tioman.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Pembangunan Tioman seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Tioman

Jawatan yang ditawarkan 

1. Pegawai Tadbir N14
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Lembaga Pembangunan Tioman
Lokasi Kekosongan: Pahang Darul Makmur
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 14 September 2020 (Isnin)





Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :

2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Pembangunan Tioman atau boleh mendapatkan borang di Pejabat
Lembaga Pembangunan Tioman Tanjung Gemok dan Pejabat Lembaga di Kg. Tekek, Pulau Tioman.

3. Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :

Pengurus Besar
Lembaga Pembangunan Tioman
No 1, Jlana Besar Tg Gemok 1
Tanjong Gemok
26820 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur

4. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :

  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan

5. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

Maklumat Tambahan

1. Hanya pemohon yang melepasi tahap tapisan akan dihubungi untuk ditemuduga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

3. Penempatan bagi jawatan-jawatan ini adalah di Pulau Tioman.

4. Tarikh tutup permohonan pada 14 September 2020 (Isnin)

Mohon Sini