Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran yang biasanya dikenali dengan akronim PTPK adalah Badan Berkanun Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ia bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada individu seperti lepasan sekolah, graduan dan lain-lain yang berminat untuk mengikuti Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Kemahiran Lanjutan Malaysia (DLKM) di Awam atau Penyedia Latihan Kemahiran Swasta yang diakreditasi oleh DSD.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PTPK seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong PTPK
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 (UTC)
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: UTC Kedah/Johor/Melaka/Sabah
- Lokasi Kekosongan: Kedah/Johor/Melaka/Sabah
- Kelulusan Minimum: SPM
- Tangga Gaji: RM 1,352.00 - RM 4,003.00
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 4 September 2020(Jumaat)
Syarat & Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
2. Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan permohonan dengan menggunakan
borang permohonan secara manual yang boleh didapati di Cawangan Pengurusan Sumber Manusia (PSM), PTPK atau melalui laman web rasmi PTPK di www.ptpk.gov.my
borang permohonan secara manual yang boleh didapati di Cawangan Pengurusan Sumber Manusia (PSM), PTPK atau melalui laman web rasmi PTPK di www.ptpk.gov.my
3. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JK Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
- Gambar warna ukuran pasport;
- My Kad/Kad Pengenalan;
- Sijil kelahiran (surat beranak);
- Sijil berhenti sekolah;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Diploma dan Sijil dalam bidang yang berkaitan;
- Sijil-sijil berkaitan.
4. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Aras 11, 12C, 15-19 & 27, Menara Dato Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC),
No. 45, Jalan Tun Ismail,
50530 Kuala Lumpur
(u.p: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
5. PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK SEKIRANYA:
- Borang permohonan tidak lengkap atau tidak bergambar;
- Tidak memenuhi syarat iklan; dan
- Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani seperti para C(ii).
Maklumat Tambahan
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 4 September 2020 (Jumaat)