Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS) 101 Kekosongan - Ogos 2020


Jabatan Veterinar telah wujud seawal tahun 1888 lagi, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Pada masa itu, tugas utama Doktor ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar Negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang  diimport ketika itu, maka sebuah pusat  kuarantin telah dibina pada tahun 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.

Pada tahun 1930, Perkhidmatan Veterinar telah dipisahkan dari Jabatan  Perubatan. Pemisahan ini merupakan asas kepada penubuhan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kemudiaan Jabatan Perkhidmatn Haiwan  juga ditubuhkan di Majlis Kerajaan Tempatan seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1934, ibu pejabat jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan seterusnya pembentukan sebagai Jabatan berasingan di bawah kelolaan Pengarah Penyelidikan Veterinar dan Penasihat Veterinar, sehinggalah Perang Dunia ke-2. Semasa zaman pemerintahan British, Jabatan Perkhidmatan Haiwan disusun semula dan menjadi asas organisasi sehingga kini.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia ialah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Pertanian Malaysia, manakala Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri ditadbir di bawah kuasa Kerajaan Negeri.Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia pernah berada di Singapura sebelum berpindah ke Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Veterinar seperti berikut:

Maklumat Jawatan KosonJabatan Veterinar

Jawatan yang ditawarkan 

1. Pegawai Penyelidik Gred Q41 - 11 Kekosongan
2. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 - 63 Kekosongan
3. Penolong Pegawai Sains Gred C29 - 21 Kekosongan
4. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 - 6 Kekosongan

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS)
Lokasi Kekosongan: Pelbagai Negeri 
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 30 Ogos 2020 (Ahad)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)


Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal SPA yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.


7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 30 Ogos 2020 (Ahad)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS), sila ketik di sini.

Mohon Sini