Kenderaan Bas MARA(KBM) menyediakan perkhidmatan ke kawasan luar bandar telah bertambah baik, terutama dalam melaksanakan bidang penting dalam sistem penyampaian pengangkutan. Pada 1 September 1985, MARA Holdings Sdn Bhd ditubuhkan, maka Kenderaan Bas MARA telah menjalani penswastaan sebagai dasar kerajaan untuk mengembangkan usahawan kepada Nadicorp Sdn Bhd pada tahun 2000. Namun, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh KBM sekali lagi diminta memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar dengan menyediakan pengangkutan asas di kawasan luar bandar.
Oleh itu, pada 23 April 2012, MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) kemudian ditubuhkan untuk melakukan aktiviti pengangkutan harian untuk menampung tanggungjawab sosial korporat dan meningkatkan sistem penyampaian KBM dan pada masa yang sama mempelbagaikan perniagaan untuk menanggung kerugian.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MARA Liner seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong MARA Liner
Jawatan yang ditawarkan1. Pegawai Undang-Undang
2. Setiausaha
Maklumat Permohonan
1. Pegawai undang-Undang (Gred/Payband P5)Taraf: Tetap/Kontrak
Umur: Tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan
Ijazah peringkat Sarjana dan/ atau Sarjana Muda dengan kepujian di dalam bidang undang-undangatau kelulusanyang setaraf dalam atau luar negeri dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris denagn baik.
Memiliki sifat keyakinan yang tinggi serta mempunyai visi yang jelas dengan kmahiran interpersonal dan integritiyang cemerlang.
2. Setiausaha pejabat (Gred/Payband P13)
Taraf: Tetap/Kontrak
Umur: 18 tahun sehingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan
Sijil Pelajaran malaysia(SPM) dan/ atau Diploma dalam bidang Kesetiausahaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris denagn baik.
Memiliki kebolehan berkomunikasi dengan baik dan berpewatakan menarik.
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja MARA Liner yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 20 Ogos 2020 (Khamis)
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 20 Ogos 2020 (Khamis)