Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Ogos 2020


Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK ke 9) pada 31 Mac 2006.

Penubuhan universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu,frasa rangsangan seperti "Entrepreneurship is Our Thrust" (Keusahawanan Teras Kami) dan "Entrepreneurial University" (Universiti Keusahawanan) digunakan secara meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu:



1. Keusahawanan dan Perniagaan;
2. Teknologi Kreatif dan Warisan;
3. Agro-industri dan Sains Sumber Asli

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UMK seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UMK

Jawatan yang ditawarkan 

1. Pegawai Perubatan
2. Jurutera/Juruukur Bahan/Arkitek/Arkitek Lanskap
3. Jurutera Mekanikal
4. Pegawai Tadbir
5. Pegawai Tadbir Undang-Undang
6. Pereka
7. Pegawai Veterinar
8. Pegawai Kewangan
9. Pustakawan
10.Penolong Pegawai Tadbir
11.Penolong Pegawai Veterinar
12.Penolong Pegawai Pustakawan
13.Penolong Pegawai Farmasi
14.Penolong Pegawai Perubatan
15.Penolong Akauntan
16.Penolong Jurutera
17.Pembantu Tadbir
18.Pembantu Kewangan
19.Pembantu Pustakawan
20.Pembantu Makmal
21.Juruteknik
22.Pembantu Perawatan Kesihatan
23.Pengawal Keselamatan
24.Pemandu Kenderaan
25.Pembantu Awam


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Universiti Malaysia Kelantan
Lokasi Kekosongan: Negeri kelantan Darul Naim
Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 27 Ogos 2020 (Khamis)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja UMK yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.


7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 27 Ogos 2020 (Khamis)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di UMK, sila ketik di sini.

Mohon Sini