Jabatan Veterinar telah wujud seawal tahun 1888 lagi, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Pada masa itu, tugas utama Doktor ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar Negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, maka sebuah pusat kuarantin telah dibina pada tahun 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.
Pada tahun 1930, Perkhidmatan Veterinar telah dipisahkan dari Jabatan Perubatan. Pemisahan ini merupakan asas kepada penubuhan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kemudiaan Jabatan Perkhidmatn Haiwan juga ditubuhkan di Majlis Kerajaan Tempatan seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1934, ibu pejabat jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan seterusnya pembentukan sebagai Jabatan berasingan di bawah kelolaan Pengarah Penyelidikan Veterinar dan Penasihat Veterinar, sehinggalah Perang Dunia ke-2. Semasa zaman pemerintahan British, Jabatan Perkhidmatan Haiwan disusun semula dan menjadi asas organisasi sehingga kini.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Veterinar seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Veterinar
Jawatan yang ditawarkan1. Pembantu Makmal Gred C19
Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS)Lokasi Kekosongan: Pelbagai Negeri (Kekosongan: 20 Simpanan: 50)
Kelulusan Minimum: SPM/SKM/SVM
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Ogos 2020 (Ahad)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal SPA yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 23 Ogos 2020 (Ahad)
9. Maklumat lanjut jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS), sila ketik di sini.
Mohon Sini
Mohon Sini