Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia - Julai 2020


Universiti Teknologi Malaysia(UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.

UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM; USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.


Loading...

UTM memerlukan individu yang dinamik, kreatif, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti dan negara. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

Jawatan yang Ditawarkan

1. Pegawai Tadbir Kewangan Gred WA41
2. Juruaudit Gred WA41
3. Jururawat Gred U29
4. Jurufotografi Gred BA21
5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred WA19
6. Pembantu Pustakawan Gred SA19
7. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
8. Pembantu Awam Gred H11

Maklumat Jawatan Kosong UTM

Nama Majikan : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
Penempatan : Negeri Johor Darul Takzim
Tarikh Tutup Permohonan : 19 Julai 2020 (Ahad)


Loading...


Syarat & Kelayakan

Syarat lantikan dan deskripsi tugas – ketik di sini.

Cara Memohon
Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.


Loading...

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 19 Julai 2020 (Ahad)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di UTMsila ketik di sini.

MOHON SINI