Jawatan Kosong di Jabatan Akauntan Negara - Julai 2020



Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.




Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam. Pada masa ini, JANM terdiri daripada 8 bahagian setelah Bahagian Kumpulan Amanah Pencen diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuat kuasa 1 Mac 2007.

JANM kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di JANM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong JANM 

Jawatan Yang Ditawarkan:

Jawatan : Akauntan Gred W41

Nama Majikan : Jabatan Akauntan Negara
Kelayakan : Ijazah
Penempatan : Seluruh Negara
Tarikh Tutup Permohonan : 19 Julai 2020 (Ahad)



Syarat & Kelayakan

Syarat lantikan dan deskripsi tugas – ketik di sini.

Cara Memohon
Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.


Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.




Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 19 Julai 2020 (Ahad)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di JANM sila ketik di sini.

MOHON SINI