Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - Julai 2020



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu.

Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris.



Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat.

Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.Ketua Pengarah pertama dilantik adalah Tan Sri Abdul Rahim Bin Ali Bashah.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti berikut:



1. Pegawai Sains Gred C41
2. Pegawai Tadbir Gred N41
3. Penggawa Gred NP29
4. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
5. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
6. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
7. Pemandu Kenderaan Gred H11

Maklumat Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Nama Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
Penempatan : Pelbagai Negeri
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2020 (Rabu)


Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  2. Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  6. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 15 Julai 2020 (Rabu) jam 11.59 malam.
  7. Maklumat lanjut jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila ketik di sini.

Mohon Sini