Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Julai 2020


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini adalah di bawah Menteri Kerajaan Tempatan Malaysia.

DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.

DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.

DBKL kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.


Loading...

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di DBKL seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong DBKL 

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEGAWAI TADBIR
2. PEGAWAI PSIKOLOGI
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
5. PEREKA
6. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
7. PENOLONG JURUUKUR
8. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP
9. PENOLONG JURUTERA (AWAM)
10. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL)
11. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK)

Nama Majikan : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Kelayakan : Rujuk Iklan
Penempatan : Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Permohonan : 18 Julai 2020 (Sabtu)


Loading...

Syarat & Kelayakan

Syarat lantikan dan deskripsi tugas – ketik di sini.

Cara Memohon 

Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.

Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah, Diploma, SPM dan Sijil dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM dan Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga.


Loading...

CATATAN :

Borang permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah seawal 19 Julai 2020 (Ahad)

Maklumat lanjut jawatan kosong di DBKL sila ketik di sini.

MOHON SINI