Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia(PDRM) - Ogos 2020


Polis Diraja Malaysia(PDRM) terdiri daripada 137,574 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Loading...
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PDRM seperti berikut:

Jawatan yang ditawarkan :

1. Konstable Polis Gred YA1 (Lelaki Sahaja)

Maklumat Jawatan Kosong JPN

Nama Majikan : Polis Diraja Malaysia(PDRM)
Kelayakan : SPM
Jadual Gaji : RM 1,441.00 - RM 4,152.00
Penempatan : Semenanjung Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Ogos 2020(Ahad)

Loading...

Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.


Loading...

Cara Memohon
  1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  2. Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  6. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 16 Ogos 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.
  7. Maklumat lanjut jawatan kosong di PDRM, sila ketik di sini.
  8. Perhatian : Permohonan hanya akan dibuka pada 27 Julai 2020.

Mohon Sini