Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - Julai 2020


Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam Malaysia yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, di bawah Perintah Universiti Utara Malaysia 1984 (P.U. (A) 47/1984). UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

UUM mengandungi dua kampus; kampus utama, yang dibina di Sintok, Kedah pada 15 September 1990 dan dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2004, dan kampus kedua (kampus bukan kediaman), yang dibina di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Loading...
UUM menduduki tempat ke-131 di dalam QS Asia Universiti Rankings 2018, menduduki antara tempat ke-101 ke tempat ke-150 di dalam QS Top 50 Under 50 2019, dan juga menduduki antara tempat ke-601 ke tempat ke-650 di dalam QS World University Rankings® 2019.

Moto UUM adalah "Ilmu ・ Budi ・ Bakti".

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Utara Malaysia (UUM) seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia


Jawatan Yang Ditawarkan:
  1. PEMBANTU JURULATIH GOLF GRED S19
  2. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Nama Majikan: Universiti Utara Malaysia (UUM)
Lokasi Kekosongan: Kedah Darul Aman
Kelulusan Minimum: PMR/SPM
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 29 Julai 2020(Rabu)


Loading...

Syarat & Kelayakan

  1. Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  2. Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
  3. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan PEMBANTU JURULATIH GOLF GRED S19 dan PEMBANTU OPERASI GRED N11 – ketik di sini.

Loading...


Cara Memohon

  1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja UUM yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  2. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  3. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  4. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 29 Julai 2020(Rabu) jam 11.59 malam.
  6. Maklumat lanjut jawatan kosong di UUM, sila ketik di sini.

Mohon Sini